Polisi Perlindungan Data Peribadi

Persatuan Penduduk Seksyen 7 Shah Alam, dalam pelaksanaan Sekuriti Turmalin-Yakut, adalah komited untuk melindungi privasi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) Malaysia. Polisi ini menerangkan:

  • jenis-jenis data peribadi anda yang kami kumpulkan dan kaedah pengumpulan data peribadi anda
  • bagaimana kami menggunakan data peribadi anda
  • pihak-pihak yang kami dedahkan data peribadi anda; dan
  • cara mengakses dan mengemaskini data peribadi anda.

DATA PERIBADI YANG MUNGKIN KAMI KUMPUL DARIPADA ANDA

Kami mungkin mengumpulkan data peribadi berikut daripada anda:

  • maklumat peribadi seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan, keturunan bangsa/etnik, agama, maklumat ahli keluarga, dan lain-lain.
  • maklumat komunikasi seperti alamat rumah, nombor telefon, nombor telefon bimbit dan alamat emel
  • maklumat pembayaran seperti butiran akaun bank
  • rakaman imej anda melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pintu keluar masuk kawasan perlaksanaan kawalan sekuriti

Untuk tujuan melayari laman web secara am, walaupun tiada data peribadi yang terdedah kepada kami, beberapa maklumat teknikal dan statistik boleh kami dapati menerusi pembekal perkhidmatan internet kami seperti cookies, alamat IP anda, masa, tarikh dan tempoh anda melayari laman web.

BAGAIMANA KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI ANDA

Kami mungkin mengumpulkan data peribadi sama ada daripada anda atau daripada wakil yang anda beri kuasa (tetapi tidak terhad kepada):

  • apabila anda mengisi borang bancian sebelum penubuhan kawalan sekuriti
  • apabila anda mendaftar untuk perlaksanaan kawalan sekuriti
  • apabila anda mengisi borang dalam talian, contohnya untuk penambahan pas akses RFID, pelekat kenderaan, pelekat keahlian dan lain-lain dari masa ke masa
  • apabila anda berhubung dengan mana-mana ahli jawatankuasa secara langsung melalui panggilan telefon atau secara mesej teks
  • apabila anda membuat bayaran yuran sekuriti secara tunai atau dalam talian
  • apabila anda melawat atau melayari laman web ini

PENGGUNAAN DATA PERIBADI YANG DIKUMPULKAN

Anda bersetuju bahawa kami boleh menggunakan data peribadi anda bagi tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang dan tujuan berikut:

  • untuk mengurus dan mengendalikan keahlian kawalan sekuriti
  • untuk mengumpul maklumat bagi tujuan permohonan dan pelaporan kepada pihak berkuasa berkaitan
  • untuk mengemas kini, menyatukan dan memperbaiki ketepatan rekod-rekod
  • untuk mematuhi apa-apa obligasi undang-undang atau peraturan di bawah undang-undang, peraturan-peraturan, dan garis panduan dalam perlaksanaan kawalan sekuriti komuniti
  • untuk apa-apa tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan.

DENGAN SIAPA KAMI BERKONGSI DATA PERIBADI ANDA

Pada bila-bila masa – termasuk sebelum, semasa atau selepas – pelaksanaan kawalan sekuriti, kami mungkin dikehendaki atau perlu untuk mendedahkan maklumat berkenaan anda kepada pihak ketiga berikut:

  • kerajaan persekutuan atau negeri
  • agensi penguatkuasa undang-undang
  • agensi-agensi kerajaan
  • pihak  berkuasa kawal selia
  • syarikat atau organisasi yang bertindak sebagai kontraktor atau pembekal perkhidmatan yang berkaitan dengan kawalan sekuriti

HAK ANDA UNTUK MENGAKSES DAN MEMBETULKAN DATA PERIBADI

Jika anda berhasrat untuk mengakses data peribadi anda yang berada di dalam simpanan kami, atau jika anda berpendapat bahawa data peribadi tersebut tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, anda boleh menghubungi ahli jawatankuasa berkenaan, selain dari maklumat yang boleh dikemaskini oleh anda sendiri di laman web ini.

TEMPOH SIMPANAN DATA PERIBADI ANDA

Kami akan menyimpan data peribadi anda dengan mematuhi Polisi ini, sepanjang tempoh yang dikira perlu oleh pihak berkuasa.

BAGAIMANA KAMI MELINDUNGI DAN MENJAGA DATA PERIBADI ANDA

Kami berusaha untuk mengambil semua langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda dan memastikannya disimpan dengan selamat.

KEBENARAN ANDA

Dengan memberikan data peribadi anda, anda telah membenarkan data peribadi tersebut digunakan mengikut Polisi ini. Sebarang pindaan atau perubahan polisi ini akan diletakkan di ruangan ini. Sepanjang penyertaan anda dalam kawalan sekuriti ni, anda dianggap bersetuju dengan sebarang pindaan tersebut.

HUBUNGI KAMI

Kami komited untuk melindungi data peribadi anda. Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau komen berkenaan pengendalian data peribadi, atau jika anda ada sebarang persoalan, komen atau cadangan lain berkenaan Polisi ini anda boleh hubungi kami di sekuriti.s7@gmail.com.